Hamzah Zainudin Positif Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin disahkan positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 11 Januari 2021 lepas.

Menurut kenyataan media Pejabat Menteri  Kementerian Dalam Negeri, Hamzah akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa.

“Sehubungan dengan itu, kontak rapat YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin bermula 8 Januari 2021 sehingga 11 Januari 2021 dimohon untuk tampil ke pusar saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan Covid-19 mengikut saranan pihak KKM,” kata kenyataan tersebut.

terdahulu, dua menteri juga telah disahkan positif Covid-19 iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapha Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Rina Harun.

kedua-dua mereka sedang menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Kota Bharu, kelantan dan Hospital Sg Buloh, Selangor. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat