Jangan serah amanah kepada golongan bermoral rendah – Sultan Nazrin

Lelaki Maut Ketika Buat Aksi TikTok Di Landasan Kereta Api

ISLAMADAB: Seorang lelaki dilanggar kereta api ketika beliau merakamkan aksi berjalan di sepanjang trek untuk aplikasi TikTok, semalam. Menurut polis dan penyelamat, kemalangan itu berlaku...

Peningkatan Kes COVID-19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster membabitkan tempat kerja mutakhir ini. Beliau berkata, sejak...

Protes Rusia: Polis Guna Kekerasan Lerai Demonstrasi

POLIS Rusia menahan lebih 2,500 penunjuk perasaan dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan demonstrasi di beberapa bandar di negara itu. Dianggarkan 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan...

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

COVID-19: Percaya Dengan Sirap Herba, Akhirnya Menteri Kesihatan Sri Lanka Disahkan Positif

MENTERI Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi disahkan positif COVID-19. Beliau sebelum ini dikritik kerana menyokong dan mengamalkan minum sirap herba yang dibuat oleh bomoh, kononnya...

IPOH: Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik, kerana ia boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

Sultan Nazrin bertitah demikian sempena Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Penggal 2021-2023, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak di Dewan Al Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Baginda bertitah, umat Islam wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik.

“Masyarakat Islam hendaklah dibina daripada kalangan ummah yang mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna dalam semua lapangan, merangkumi kehidupan berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat dan bernegara.

“Masyarakat Islam hendaklah diserlahkan melalui kecemerlangan ummah menguasai ilmu dan pengetahuan, pekerjaan dan profesion, penguasaan ekonomi dan pemilikan kekayaan serta kehebatan budaya dan keagungan tamadun,” titah baginda.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada 18 daripada 19 anggota MAIPk yang hadir termasuk Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Negara Perak yang juga Yang Dipertua MAIPk Datuk Seri Mohd Annuar Zaini serta kepada empat daripada lima Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Turut menerima watikah ialah Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang dilantik sebagai Hakim Utama Mahkamah Syariah negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie negeri Perak Mohd Asri Ghazali.

Dalam titah itu juga, Sultan Nazrin bertitah peruntukan Perlembagaan yang memaktubkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam, memberi jaminan agama Islam dilindungi dan tidak akan terjejas walaupun berlaku perubahan kepimpinan politik negara serta negeri setiap kali selepas pilihan raya.

Baginda bertitah, kemuliaan Islam perlu diangkat dan tidak bergantung semata-mata kepada keistimewaan kedudukannya dalam Perlembagaan kerana tanpa pengisian, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan hanya tinggal sebagai frasa perundangan.

“Tanggungjawab memberi erti, makna kepada frasa perundangan tersebut terletak di atas bahu setiap umat Islam yang wajib berusaha menjelmakan Islam secara terserlah dalam budaya hidup harian,” titah Sultan Nazrin.

Sultan Perak turut bertitah rakyat sedang memerhati, mendengar, mengikuti apa yang berlaku di dalam negara ketika ini dan menyifatkan ujian yang sedang dilalui kini berpunca daripada perbuatan zalim manusia.

“Hamba-Mu memohon agar dilindungi ummah-ummah yang tidak berdosa daripada ditimpa bala bencana akibat daripada perbuatan zalim pihak-pihak yang telah melanggar perintah Mu, Ya Allah. Ya Wahhab! Ya Razak! Ya Rafiq! Ya Muiz!.

“Di atas bahu hamba-Mu ini, Engkau amanahkan tanggungjawab berat sebagai Ketua Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan. Kepada Mu jua, hamba-Mu memohon dikurniakan hidayah agar dapat membantu hamba-Mu menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan, memimpin jemaah menemui jalan lurus yang dapat memberi kebahagiaan dunia serta akhirat.

“Ketika dunia sedang berhadapan pelbagai kemelut sama ada berbentuk wabak penyakit yang terus menular, bencana alam yang sering melanda, polemik politik yang semakin bergelombang dan suasana ekonomi yang suram, kuatkan pegangan dan kukuhkan iman sekalian hamba-Mu agar yakin kepada kuasa-Mu yang Esa,” titah Sultan Nazrin.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

Peningkatan Kes COVID-19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster membabitkan tempat kerja mutakhir ini. Beliau berkata, sejak...

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

Tablet Sumbangan Ebit Lew ‘Talian Hayat’ Untuk Tiga Pelajar Autisme

KUALA LUMPUR: Rasa sedih seorang ibu tunggal apabila komputer terpakai yang dibelinya secara dalam talian tahun lepas untuk tiga anaknya yang menghidap autisme dan...