Pegawai kanan tentera didakwa terlibat pengubahan wang haram

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

IPOH:  Seorang pegawai tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram sebanyak RM114,000 di daerah Batang Padang dekat sini pada tahun 2016.

Leftenan Kolonel Azman Mohamed Yasin, 58, yang ketika kejadian merupakan Pengarah Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Azman didakwa telah menerima cek berjumlah RM114,000 di bank CIMB cawangan Bidor di Bidor Centre Point, Jalan Dewan Orang Ramai, Bidor daripada Datuk Mohamad Adkaa Solahuddin yang merupakan hasil daripada aktiviti haram pada 25 Okt 2016.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin memohon mahkamah supaya mengguna pakai jaminan bagi kes pecah amanah yang dihadapi tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, iaitu sebanyak RM80,000, pada 23 Nov lalu.

Nurul Wahida turut memohon agar kes hari ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersekali dengan kes pecah amanah, dan perkara itu tidak dibantah oleh peguam bela tertuduh, Mohd Amir Aizat Abdul Rani.

Mahkamah kemudian bersetuju dengan kedua-dua permohanan yang dibuat oleh timbalan pendakwa raya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan