Hishammuddin tepis usikan Teresa Kok konon bakal jadi Perdana Menteri

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein menangkis khabar angin yang disebarkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kononnya Ahli Parlimen Sembrong itu bakal menjadi Perdana Menteri.

Teresa yang juga Naib Presiden DAP dalam hantaran di Facebooknya mengusik Hishammuddin dengan ucapan tahniah kerana akan diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

“Lama tak jumpa jiran saya (di Dewan Rakyat), H2O (Hishammuddin) di Dewan Rakyat. Kononnya dia akan jadi bakal PM?

“Saya ucap tahniah kepada dia. Ha ha. Apakah pendapat anda? usik Teresa berserta swafoto mereka berdua sambil ketawa.

Hishammudin meninggalkan komen dalam hantaran Teresa itu dengan menegaskan agar orang ramai tidak percaya dengan usikan Ahli Seputeh itu.

“Jangan percaya khabar angin kerana cerita macam ni selamanya bermula dan dikipas oleh YB Seputeh,” seloroh beliau.

Rata-rata warganet di ruang komen menyambut baik usikan Teresa itu dan menyokong khabar angin berkenaan.

Untuk rekod, Hishammuddin digantung keahlian dalam Umno menyifatkan tindakan itu bukan pengakhiran kepada karier politiknya.

Bekas Naib Presiden Umno itu sebelum ini menjelaskan, ia adalah suatu perkara baharu yang perlu ditempuhi dalam meneruskan usaha serta agendanya membela agama, bangsa dan tanah air.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebelum ini memutuskan untuk menggantung keahlian beliau dalam parti selama enam tahun.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat