PKPB: Sabah benar pelanggan makan di premis

Lebih Molek Jika Muhyiddin Dan Bersatu Kembali Ke Pangkuan UMNO – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Demi mengelakkan penyatuan ummah menjadi retorik, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asraf Wajdi Dusuki menyarankan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti...

Tolak kempen “Sawit Anugerah Tuhan” adalah Islamofobia

KUALA LUMPUR – Bantahan penukaran kempen “Sayangi Sawitku” kepada “Sawit Anugerah Tuhan” didakwa mencetuskan bibit-bibit Islamofobia dalam negara sendiri. Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh...

Majlis Presiden PN Akan Ditubuhkan- Hamzah Zainudin

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan penubuhan Majlis Presiden yang mana akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti Kerajaan PN. Setiausaha Agung PN, Dato' Seri...

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memutuskan supaya semua premis perniagaan makanan di negeri ini dibenarkan beroperasi untuk aktiviti ‘dine-in’ atau makan dalam kawasan premis bermula hari ini, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun Masidi, yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu separuh daripada kapasiti saiz meja melibatkan dua orang bagi meja empat orang; tiga orang bagi meja enam orang serta empat orang bagi meja lapan orang.

“Selain itu penjarakan fizikal perlu dipatuhi dengan pematuhan terhadap SOP sektor makanan berkenaan. Pembelian makanan secara bawa pulang, penghantaran atau pandu lalu juga dibenarkan dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan dan Minuman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Masidi berkata semua restoran, kedai, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, medan selera, kedai runcit dan kedai serbaneka hanya dibenarkan beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Pasar raya, pusat beli-belah dan ‘retail store’ juga hanya dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan antara 6 pagi hingga 10 malam dan aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti ditetapkan kerajaan dengan pematuhan terhadap SOP,” katanya.

Pelaksanaan PKPB di Sabah yang sepatutnya tamat semalam, disambung sehingga 6 Dis ini berikutan masih terdapat penularan COVID-19 di negeri berkenaan.

Sabah mencatat 397 kes positif baharu COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 21,189 kes setakat ini.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan