Nasib Penoreh Getah, Tapak Binaan Patuh SOP Tumpuan Dewan Rakyat Rabu

PAS Tidak Akan Sertai Pembentukan Kerajaan Negeri Perak Yang Baharu -SU Agung

CYBERJAYA: Parti Islam Semalaysia (PAS) telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu. Menurut Setiausaha Agungnya, Dato' Takiyuddin Hassan, keputusan...

25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu

KUALA LUMPUR – Semua ADUN Barisan Nasional (BN) Perak sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan kesepakatan menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar baharu...

UMNO perlu kerjasama dengan Amanah dan PKR di Perak – Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: UMNO perlu bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di Perak, kata Ahli Parlimen...

Bagus untuk negara bila UMNO dan DAP boleh kerjasama – Faizal Azumu

CYBERJAYA: Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara sinis menganggap kerjasama antara UMNO dan DAP ketika menolak usul undi...

Saarani Mohamad Mungkin Jadi MB Atas Sokongan PKR dan DAP

IPOH - Perkembangan terbaharu politik Perak mungkin menyaksikan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad bakal menjadi Menteri Besar atas sokongan Parti Keadilan...

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan bagi membantu menyelesaikan masalah pendapatan golongan penoreh getah dan jumlah tapak pembinaan di seluruh negara yang mematuhi dan ingkar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu berkenaan terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Besut) kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berhubung usaha kementerian itu dalam mengatasi masalah pendapatan golongan penoreh getah yang berhadapan dengan isu harga komoditi itu yang tidak stabil sejak kebelakangan ini.

Jumlah tapak pembinaan yang mematuhi SOP COVID-19 pula akan dibangkitkan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan jumlah terkini tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi kerana patuh SOP COVID-19 di seluruh negara dan berapa banyak tidak patuh SOP serta tidak dibenarkan beroperasi.

Daripada jumlah tersebut, berapa banyak pula yang terletak di Sarawak, soalnya.

Soalan Loke Siew Fook (PH-Seremban) pula meminta Perdana Menteri menyatakan apakah ulasan daripada pihak Peguam Negara terhadap keputusan kerajaan membatalkan kontrak projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) kepada syarikat Dhaya Maju LTAT dan implikasi perundangan yang bakal dihadapi.

Perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 kemudiannya akan mengambil tempat untuk hari ketiga.

Sidang Dewan bermula minggu ini, berlangsung hanya empat jam iaitu pada 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas – dibenar berada di dalam dewan pada satu-satu masa.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan