Umno Harap PRU15 Awal November Sebelum Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan awal bulan depan sebelum musim banjir atau musim tengkujuh.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagaimanapun perkara itu terserah kepada kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU15.

“Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan SPR untuk menentukan tarikh PRU15.

“Umno berpendapat PRU15 boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum menjelangnya musim banjir atau musim tengkujuh.

“Berkaitan dengan PRU15, dimaklumkan bahawa tarikh baru Perhimpunan Agung Umno yang sebelum ini ditentukan pada 23 hingga 26 November 2022 akan diubah kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat MKT berlangsung di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam ini.

Tambah Ahmad, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu juga membincangkan beberapa isu berkaitan dengan gerak kerja dan persiapan jentera menghadapi PRU15 setelah Parlimen dibubarkan.

“Umno menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagaimana termaklub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Umno menghormati titah Tuanku bahkan berpendirian serupa bahawa negara tidak boleh dibiarkan berterusan berada dalam keadaan politik yang tidak menentu bahkan perlu mengembalikan mandat kepada rakyat untuk mereka memilih sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara,” katanya.

Tambahnya, mesyuarat juga bersetuju agar ‘Kestabilan Dan Kemakmuran’ menjadi tema utama manifesto bagi PRU15 ialah.

“Tema seumpama ini telah digunakan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor sebelum ini. Ia akan diangkat untuk persetujuan Dewan Terlinggi BN,”katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat