Umno Mula Pilih Calon PRU15 Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno akan memulakan proses pemilihan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula esok.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, mulai esok Pengerusi Perhubungan negeri-negeri akan mengemukakan senarai nama calon kepada pucuk pimpinan untuk dipilih dan dimuktamadkan.

“Kita (Umno) kalau ikut biasa yakni jika ikut Perlembagaan kita, ketua perhubungan negeri kena kemukakan kepada pucuk pimpinan.

“Esok kita mulakan proses,” ujarnya ringkas.

Umno berharap PRU-15 boleh diadakan sebelum pertengahan November iaitu sebelum menjelang musim banjir dan tengkujuh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat