PAS tak putus asa tetap mahu usahakan penyatuaan ummah hingga titik akhir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS masih bersemangat dan enggan berputus asa demi menyatukan ketiga-tiga parti teras Melayu Islam bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PAS akan cuba sehingga titik akhir bagi menyatukan Umno dan Bersatu demi mengelakkan pertembungan dalam PRU15.

“Penyatuan ummah itu, kita (PAS) masih mencuba, tak tutup pintu lah.

“PAS menuju penyatuan ummah, kita tak boleh berputus asa sehingga titik yang terakhir,” katanya ketika ditemui media di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut pada Selasa.

Pun begitu, semalam Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan Umno anggap PAS gagal penuhi syarat yang ditetapkan Presiden Umno dan secara automatiknya tiada lagi kerjasama antara dua parti itu di bawah gagasan Muafakat Nasional (MN).

Bahkan kata Khaled memandangkan PAS gagal penuhi syarat Umno maka pertembungan di 27 kerusi tetap diteruskan.

Sebelum ini Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menetapkan tiga syarat kepada PAS iaitu PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), putuskan hubungan dengan Bersatu dan isytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan bukan hanya sekadar retorik politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat