Onn Hafiz dilantik Pengarah Operasi BN Johor bantu Hasni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menghargai kepercayaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Operasi BN Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Onn Hafiz berikrar akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Pengerusi dan Pengarah PRU BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad untuk memberi kemenangan kepada BN Johor.

“Saya telah menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang tertumpu kepada gerak kerja PRU15.

“Terima kasih atas kepercayaan Presiden yang telah melantik saya sebagai Pengarah Operasi BN Johor bagi PRU ini. Insya Allah saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Datuk Seri Hasni Mohammad, Pengerusi dan Pengarah PRU BN Johor. Semoga kemenangan berada di pihak kita,” ucapnya dalam catatan di Facebook pada Selasa.

Beliau juga memaklumkan Zahid yang juga Presiden Umno juga telah berjumpa dengan Adun-Adun BN Johor minggu lepas untuk terus merangka strategi yang terbaik untuk kemenangan di Johor.

“Insyaallah , Umno dan BN akan sentiasa bersedia dan fokus untuk berkhidmat untuk rakyat,” yakin beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat