Rembau forever! – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mengucapkan selamat tinggal kepada rakyat di Parlimen Rembau sebaliknya berharap dapat berjumpa lagi.

Menteri Kesihatan itu menghargai peluang dan kepercayaan yang diberi pengundi Rembau selama tiga penggal beliau menjadi Ahli Parlimen di Rembau.

“Rembau forever.

“Terima kasih memberi saya peluang dan amanah untuk mewakili anda selama tiga penggal.

“Tiada ucapan selamat tinggal tetapi jumpa lagi di kemudian hari. Insyaallah,” ucap Khairy.

Khairy sebelum ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini berikutan beliau telah diminta untuk memberikan laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Pun begitu, Khairy tidak perlu bimbang kerana beliau akan mendapat kerusi Parlimen lain memandangkan beliau adalah calon boleh menang buat BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat