Bajet 2023 sia-sia, bazir tenaga dan masa – Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pembentangan Bajet 2023 adalah sia-sia, membazir sumber tenaga dan masa anggota perkhidmatan awam yang telah berhempas pulas untuk mengerah fikrah dan tenaga bagi menyediakan belanjawan.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan keutamaan seharusnya ditumpukan untuk membantu rakyat mengharungi cabaran semasa dan memulakan kehidupan yang lebih terjamin.

“Perkembangan politik semasa menggambarkan bahawa Umno gagal merasai denyut nadi rakyat dan gagal untuk bersama rakyat dalam situasi pemulihan ekonomi serta keadaan cuaca yang amat mencabar,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya bagi PN menegaskan, PN menekankan betapa pentingnya kerajaan untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi menghadapi kemungkinan banjir besar akibat Monsun Timur Laut bermula Oktober sehingga awal tahun hadapan.

“Ini termasuklah persiapan dari segi kelengkapan aset penting, bantuan makanan dan keperluan asas, akses kepada perkhidmatan kesihatan serta bantuan pasca banjir.

“Inilah Perikatan Nasional yang senantiasa meletakkan kepentingan dan keselamatan rakyat sebagai agenda terpenting,” katanya.

Hakikatnya Azmin berkata, ada parti politik yang tidak mahu melihat peratusan keluar mengundi tinggi kerana peratusan keluar mengundi yang rendah akan memberi lebih peluang kepada parti berkenaan untuk menang.

“Inilah wajah sebenar mengapa PRU15 diadakan dalam musim hujan lebat dan kemungkinan banjir besar.

“Walau bagaimanapun, PN tidak gentar dengan kedegilan dan keangkuhan Umno.

“PN akan menyertai pilihan raya dengan tekad untuk meneruskan agenda prihatin rakyat serta mengangkat martabat umat dan negara,” katanya.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu memaklumkan, PN siap siaga untuk menyertai PRU15 dengan semangat yang tinggi bagi menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat