MK K-Clique kini adik ipar FareedPF K-Clique

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, MK K -Clique bersyukur apabila berjaya melunaskan tanggungjawab sebagai wali kepada kakaknya, Siti Hawa Hamdan yang melangsungkan pernikahan dengan Fareed Saddi yang juga anggota K-Clique di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Fareed atau FareedPF yang juga adik kepada penyanyi, Sabhi Saddi dinikahkan oleh MK atau nama sebenarnya Hairi Amin Hamdan mewakili bapanya, Hamdan Abdul Razak dalam majlis itu.

Lebih manis, detik bersejarah pernikahan kakaknya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu juga jatuh pada ulang tahun kelahiran ibu mereka.

“Assalamualaikum, di hari yang mulia ini kita menjadi saksi dua insan Allah. Semoga Allah memberkati kedua-duanya. Semoga Allah memberikan darjat dan melimpahkan rahmat-Nya serta membuka pintu ilmu buat kita semua.

“Dan sesungguhnya cinta terhadap Allah SWT membawa kita semua ke syurga. Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga kita semua pun menuju ke syurga yang indah. Insya-Allah,” katanya.

Apa yang menarik dalam majlis itu, sebelum akad nikah berlangsung, Fareed tampil ke pelamin untuk melamar Siti Hawa yang juga mesra disapa Wawa.

“Adakah sudi kamu mengahwini saya dan sedia untuk saya bimbing kamu ke jannah?” kata Fareed.

Siti Hawa yang ditemani ibunya kemudian membalas ringkas, “Insya-Allah.”

Dalam majlis yang dihadiri tetamu berpakaian serba putih itu, Siti Hawa menerima mas kahwin berupa gelang emas daripada Fareed.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat