Buat pilihan raya asing itu tamak kuasa, membazir – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gabungan politik tamak kuasa adalah mereka yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai mereka agar terus kekal mempertahankan kuasa.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas gabungan politik yang enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baru kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan itu yang tamak kuasa.

Tegasnya, mereka sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan gara-gara khuatir akan kehilangan kuasa.

“BN jika tamak kuasa seperti mereka boleh tidak membenarkan negeri yang ditadbirnya tidak membubarkan DUN, namun bukan itu tujuan politik BN.

“Alasan risiko ‘banjir besar’ juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pioihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung sebelum pertengahan November depan.

“Rakyat perlu menolak gabungan tamak kuasa terbabit yang jelas tidak peduli masa depan rakyat dan negara kecuali kepentingan politik mereka,” gesa Zahid.

Menurut beliau, naratif yang sedang dipropagandakan oleh musuh ketika ini ialah BN tamak kuasa apabila meminta PRU15 diadakan.

Kata Zahid ‘dalil’ baru yang dimainkan bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.

“Pertamanya, sesebuah pilihan raya termasuk PRU15 bermaksud menyerahkan kembali hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu.

“Pilihan raya umum, kecil mahupun negeri adalah sebuah proses demokrasi melalui peti undi yang boleh disertai mana-mana parti politik atau individu yang layak.

“PRU15 bukan ‘upacara’ menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian rakyat yang menentukan.

“Justeru, dimanakah yang dikatakan BN tamak kuasa sedangkan yang berlaku pada PRU-15 adalah rakyat diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk menentukan masa depan negara,” soal Zahid.

Setakat ini Pakatan Harapan kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan tiga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Manakala PAS sedang bermesyuarat dan akan diputuskan sama ada ikut bubar DUN atau sebaliknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat