Berapa banyak manifesto PH ditunaikan, BN minta rakyat nilai semula- Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menggesa rakyat untuk menilai kembali manifesto Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan gagal dilunaskan seperti yang dijanjikan.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, PH hanya menunaikan beberapa perkara sahaja daripada apa yang dijanjikan dalam manifesto ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 lalu.

“Saya minta agar rakyat menilai kembali manifesto PH, berapa banyak perkara yang telah mereka tunaikan daripada janji dalam manifesto berkenaan.

“Saya harap bahawa semua yang diamanahkan untuk mengundi, baca baik-baik dan sandarkan dalam manifesto masing masing dan tindakan mereka selepas dapat peluang tunaikan manifesto.

“Saya yakin apa manifesto BN Insyaallah (ditunaikan),” ujarnya ketika ditemui media selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, malam ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut berkata, persefahaman antara pimpinan BN kali ini diuji ketika menghadapi Pilihan Raya.

“Saya tengok persefahaman parti dalam BN bukan sahaja unik, tetapi ada persefahaman yang amat mendalam sekali, dan bila kita diuji dalam pilihan raya dari segi cara nak lihat ke hadapan untuk pastikan kemenangan BN, saya tak mahu lihat ada masalah langsung.

“Kita dah laluinya tahun sebelum ini, dan formula ini bantu kita supaya bukan sahaja untuk hari ini, tapi apa yang kita lakukan hari ini dapat diwarisi pemimpin akan datang,” ujarnya.

Tambahnya, calon muka baru juga antara pendekatan yang dibuat BN pada PRU kali ini, sama seperti apa yang telah dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

“Insya Allah itu merupakan sesuatu yang sentiasa diberi penekanan dan pengalaman kita dalam dan kita telah membuktikan dalam PRN sebelum ini.

“Jadi saya rasa kalau itu merupakan satu yang telah kita buktikan dan merupakan keputusan kita di peringkat ngeri, saya tak nampak ia akan berubah sangat. Tapi bukan ditentukan hari ini, ” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat