BN belum muktamadkan pembahagian kerusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN masih belum dimuktamadkan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, perundingan agihan kerusi BN akan dimuktamadkan.

“Dewan Tertinggi BN bersetuju dengan usaha-usaha untuk mengetengahkan calon-calon baru yang mempunyai nilai Winnable, Acceptable and Likeable (WALI) dan juga berazam untuk mencapai 30 peratus calon wanita,” katanya selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Mesyuarat malam ini dihadiri Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Presiden-presiden parti komponen dan ahli jawatankuasa Dewan Tertinggi BN.

Dalam pada itu, kata Zambry mesyuarat turut mengarahkan persiapan semua jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) komponen BN.

“Dewan Tertinggi BN juga mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian menjalankan mesyuarat koordinasi gerak kerja jentera bagi menghadapi PRU15.

“Dewan Tertinggi BN bersetuju tema utama manifesto bagi PRU15 ialah “Kestabilan dan Kemakmuran”, katanya.

Jelas Zambry, BN komited untuk memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan penawaran polisi-polisi bersifat pro-rakyat dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mapan dan menyeluruh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat