Penyatuan Ummah Jadikan Negara Stabil, Rakyat Bahagia – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS yakin usaha menjayakan gagasan perpaduan ummah akan lebih mudah dicapai apabila semua parti utama Melayu-Islam dan Bumiputera dalam negara ini dapat berlapang dada serta berjiwa besar menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan melihat kepentingan yang lebih besar iaitu kestabilan negara dan kebahagiaan rakyat jelata.

Dalam hal ini PAS juga berpandangan bahawa konsep dominasi politik oleh golongan majoriti dalam sesebuah negara bukanlah sesuatu yang berbentuk rasis dan tidak adil, sebaliknya ia adalah suatu lumrah penerimaan umum di mana-mana negara di dunia,” tegas Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Hal demikian, PAS menasihatkan seluruh pimpinan dan juga ahlinya menjaga adab dan kesopanan termasuk dalam segala hantaran (posting) mahupun artikel di media sosial yang boleh menimbulkan kebencian dan fitnah termasuk terhadap lawan politik.

“Sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam, seluruh pimpinan dan ahli serta penyokong PAS dikehendaki terus menjaga adab dan kesopanan seperti mana yang diajar oleh agama Islam.

“Ini termasuk dalam segala hantaran (posting) mahupun artikel di media sosial yang boleh menimbulkan kebencian dan fitnah memfitnah termasuk terhadap lawan politik wajib dielakkan sama sekali.

“Perlu diingat bahawa Perlembagaan PAS menetapkan semua ahli PAS antara lainnya perlu sepanjang masa mengamal akhlak Islam serta sentiasa mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti. Perbuatan seumpama ini merupakan suatu kesalahan tatatertib yang boleh diambil tindakan sewajarnya,” ujar Takiyuddin.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli juga menyeru seluruh Jentera Pilihan Raya PAS supaya bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi PRU15 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat