Ban pecah, pekan Tanjong Karang dinaiki air

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh di Tanjong Karang, dinaiki air susulan ban pecah di sekitar kawasan itu, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi tadi mengakibatkan berlaku limpahan air ke jalan antara 0.3 hingga 0.9 meter.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Kata beliau, hasil pemeriksaan mendapati terdapat ban pecah susulan kerja menaik taraf benteng.

“Keadaan itu menyebabkan air melimpah di sekitar pekan Tanjong Karang dan beberapa kawasan berdekatan.

“Namun, keadaan terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini,” katanya lapor Kosmo.

Tambah Norazam, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Terdahulu, tular video dan gambar memaparkan situasi limpahan air di dua lokasi sekitar Tanjong Karang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat