Pahang Masih Tunggu Perkenan Pemangku Raja Pahang Bagi Membubarkan DUN: Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri Pahang masih menunggu Perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Jelas Wan Rosdy, beliau masih lagi menunggu tarikh untuk menghadap Pemangku Raja Pahang untuk Baginda perkenan pengisytiharan pembubaran DUN Pahang Selaras dengan Fasal 2 Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Saya belum mendapat tarikh daripada Tuanku lagi, masih belum dapat menghadap dan masih dalam proses,” kata Wan Rosdy selepas Majlis Penyerahan Jentera Traktor oleh Menteri Besar Pahang kepada Pengarah Pertanian Negeri Pahang, di perkarangan Wisma Sri Pahang, di sini, pada Selasa.

Sebanyak 22 unit traktor, 44 unit implement bernilai RM 3.45 juta diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang pada majlis tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sidang Khas Medianya semalam mengumumkan pembubaran Parlimen pada Isnin 10 Oktober 2022.

Menurut Ismail Sabri ini selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan beliau supaya Parlimen ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022.

Beliau juga mengesyorkan ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

“Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos,” kata Ismail Sabri dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada Isnin.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat