Polis Digesa Siasat dan Dedah Nama Ahli Parlimen Sokong Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa memulakan siasatan berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen menafikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Desakan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa supaya polis menyiasat senarai nama Ahli Parlimen yang sedang tular.

“Dengan banyaknya laporan polis dibuat menafikan penglibatan-penglibatan Ahli-ahli Parlimen dalam menyokong “Anwar Ibrahim for PM”.

“Serta gesaan supaya disiasat juga senarai yang sedang tular, bolehlah polis mulakan siasatan,” syor Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Annuar menegaskan, jika ada senarai yang sahih polis boleh siarkan di media untuk pengetahuan umum supaya tiada lagi fitnah disebarkan.

Difahamkan setakat ini sudah beberapa laporan polis dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen menafikan sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu membentuk kerajaan baru.

Pada 6 Oktober lepas terbit satu artikel bertajuk “Gempar!!! Senarai 121 Ahli Parlimen Sokong Anwar Tular”, yang dimuat naik oleh sebuah laman sesawang.

Sebelum ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dilapor berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan untuk beliau menghadap baginda pada Selasa ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya.

Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat