Nazri serahkan kepada UMNO bahagian calonkan pengganti

- Advertisement -

PADANG RENGAS: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak akan menamakan calon pilihan untuk menggantikan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Rengas untuk menamakan calon penggantinya.

Nazri juga menjelaskan beliau tidak mahu dilihat mengamalkan sikap favouritisme sekiranya menamakan calon penggantinya.

Malah beliau menjelaskan, soal calon itu juga pernah dibincangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian berkenaan tahun lalu.

“Selaku ketua bahagian, saya tidak ada favourite, saya tidak mahu buat keputusan sendiri kerana akan menunjukkan saya ada favouritisme, saya ada pilihan, saya tak mahu.

“Maka oleh kerana itu saya serahkan kepada Jawatankuasa Bahagian untuk mereka memutus dan saya dengan Timbalan saya dalam mesyuarat jawatankuasa itu telah jelas menyatakan iaitu bahawa kami berdua tidak mahu ditawarkan sebagai calon dalam PRU15,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan UMNO di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau, di Kuala Kangsar, hari ini.

Pada 28 Ogos lalu, Nazri mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam PRU15.

Beliau menjelaskan keputusan itu diambil bagi membolehkan peluang diberikan kepada pemimpin muda.

Menurutnya, walaupun terdapat pelbagai pandangan di kalangan akar umbi Umno di Padang Rengas mengenai pengumumannya, namun setakat ini, keputusan beliau adalah muktamad.

End

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat