Kempen Usahawan Buletin FM tawar dana RM 200,000

- Advertisement -

BULETIN FM melancarkan kempen Usahawan Buletin FM untuk membantu peniaga yang terkesan  akibat pandemik COVID-19 dengan menawarkan dana perniagaan berjumlah RM200,000.

Kempen Usahawan Buletin FM ini bertujuan  membantu orang ramai  memulakan perniagaan baharu atau mereka yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada.

Menerusi kempen ini, ia diharap dapat membantu mereka yang terkesan disebabkan penularan COVID-19 serta mampu menangani masalah berkaitan perniagaan mereka.

Antara langkah mudah untuk menyertai Usahawan Buletin FM ini, pendengar boleh melayari laman sesawang Buletin FM di www.buletinfm.audio dan cari pautan Usahawan Buletin FM.

Selepas itu, anda perlu mengisi maklumat diri dan perniagaan yang diceburi. Idea perniagaan boleh dihantar di ruang  disediakan dan nyatakan mengapa anda layak untuk mendapatkan dana perniagaan itu. Anda juga boleh melampirkan pelan perniagaan yang telah dibuat.

Setiap pagi, penyampai radio Buletin FM iaitu Ally Iskandar Mohd Mardzi dan Hawa Rizwana Ahmad Redzuan akan menghubungi pendengar yang telah menghantarkan idea perniagaan menerusi segmen Fokus Pagi Bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana (6 pagi – 10 pagi).

Mereka bersama-sama juri profesional akan menilai idea perniagaan yang telah dihantarkan.

Lima idea perniagaan akan disenarai pendek bagi setiap pusingan dan mereka akan menjalani cabaran yang diberikan serta diadili oleh juri profesional.

Usahawan Buletin FM akan dilakukan sebanyak dua pusingan. Dua pemenang Usahawan Buletin FM akan dipilih dan berpeluang membawa pulang dana perniagaan berjumlah RM175,000 untuk slot iklan radio dan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang.

Image

Selain itu, dua pemenang Usahawan Buletin FM akan menjalani program Mentor bersama salah seorang daripada juri profesional.

Pemenang juga akan dibimbing untuk memastikan perniagaan mereka berjaya direalisasikan atau mampu untuk bangkit semula selepas terkesan disebabkan COVID-19.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang, 90.2FM Penang, 93.6FM Kuala Terengganu, 88.6FM Kota Bharu, 107.3FM Alor Setar dan 104.3FM Sarawak.

Untuk alternatif,  pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV.

Ikuti perkembangan dan pengisian digital berinfomatif menerusi laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656.

Buletin FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat