Beto enggan berlakon dengan pelakon tak vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon, Beto Kusyairy, 41, enggan terbabit dengan produksi bersekongkol dengan pelakon dan kru produksi yang tidak mahu mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Kata Beto, dia memikirkan soal kesihatan dan keselamatan keluarganya.

“Saya mempunyai orang tua dan anak-anak kecil di rumah. Jadi, lebih baik mencegah daripada mengubati. Itulah yang saya lakukan selagi saya termampu.

“Jika terdesak dan perlu meletakkan nasi atas meja, itu lain cerita,” katanya kepada BH Online.

Beto berkata, bukan mahu menempelak artis yang tidak mahu mengambil vaksin, tetapi merasakan individu antivaksin tidak boleh mementingkan diri sendiri.

“Saya memahami, ia adalah pendirian dan pegangan masing-masing jika tidak mahu mengambil vaksin. Kita tidak boleh nak paksa.

“Bagaimanapun, apabila membabitkan kerja bersama dengan orang lain, saya rasa tidak sepatutnya kita mementingkan diri. Disebabkan keadaan kehidupan menghimpit, kita terpaksa bekerja.

“Jadi, individu antivaksin harus sedar, mereka bekerja dalam kelompok yang ramai. Jadi, jika tidak percaya dengan sesuatu, jangan sampai menyusahkan orang lain. Bila menjadi pembawa, kita akan membabitkan orang lain.

“Individu sudah lengkap vaksin tetap boleh berjangkit dan apabila pulang ke rumah, ia berjangkit pula pada keluarga. Puncanya, individu antivaksin yang mementingkan diri. Bagi saya, perkara ini tidak adil,” katanya.

Beto bergandingan dengan Nadiya Nisaa dalam drama Penghulu Interim. - Foto Ihsan Awesome
Beto bergandingan dengan Nadiya Nisaa dalam drama Penghulu Interim. – Foto Ihsan Awesome

Mengulas berita gembira mengenai kelonggaran industri kreatif, Beto berkata, dia masih gusar untuk kembali bekerja, bagaimanapun terpaksa akur COVID-19 akan terus hidup bersama.

“Terus terang saya cakap, ada kerisauan dalam diri untuk mula bekerja. Tetapi, mahu atau tidak, kita kena membiasakan diri dengan situasi sekarang. Suka atau tidak, kita kena hidup dengan virus ini.

“Namun, dalam masa sama, kita harus menyiapkan diri. Maksudnya, jaga prosedur operasi standard (SOP), disiplin dan seumpamanya.

“Apapun berlaku, ini adalah kerjaya kami, jadi perlu teruskan. Saya sendiri tidak tahu sama ada saya boleh buat kerja lain. Ini sahaja perkara yang saya rasakan saya tahu buat dan mampu buat,” katanya.

Beto ditemui ketika sesi temubual secara virtual drama terbaharu, Penghulu Interim yang ditayangkan di kaca Awesome TV sejak 31 Julai lalu.

Antara pelakon yang membintangi drama Penghulu Interim arahan Jamal Khan. - Foto Ihsan Awesome TV
Antara pelakon yang membintangi drama Penghulu Interim arahan Jamal Khan. – Foto Ihsan Awesome TV

 

Menjayakan watak Borhan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) dalam drama arahan Jamal Khan itu, Beto mengakui, tidak mudah buatnya menjayakan watak seorang pemimpin.

“Kita tengok pemimpin lain, bukan senang kerja mereka. Lihat Borhan sebagai Pengerusi JKK, hidup punya huru-hara. Itu yang saya cuba sampaikan pada penonton, bukan senang menjadi pemimpin bertanggungjawab.

“Jadi, jika tanya saya dalam kehidupan realiti mahukah saya jadi Pengerusi JKK, jawapan saya tidak. Saya tidak mampu dan tak sanggup nak pikul tanggungjawab ini. Sangat berat,” katanya yang bergandingan dengan Nadiya Nisaa.

Bagaimanapun, Beto berkata, dia sukakan naskhah terbitan Red Bean Productions itu kerana kisah yang dipaparkan dekat dengan masyarakat.

“Kita sekarang selalu sangat disogokkan dengan kisah fantasi yang mungkin buat orang terawang-awang. Bagi saya, kita perlu ada naskhah yang berpijak di bumi nyata, iaitu kisah marhaen yang penonton boleh kaitkan dengan kehidupan mereka.

“Jadi, apabila mereka tengok drama ini, kebanyakan boleh kaitkan dengan kehidupan normal. Itulah antara sebab utama saya terima naskhah ini,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat