40,000 unit Viral Transport Medium (VT ) dan 67 unit Oxygen Concentrator Dihantar Ke Sarawak – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar bekalan perubatan kritikal ke Sarawak demi membantu negara memerangi Covid-19.

Katanya lagi, melalui penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebanyak 40,000 unit Viral Transport Medium (VTM) dan 67 unit Oxygen Concentrator diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang ke Kuching, Sarawak.

“Saya telah tekankan baru-baru ini bahawa ATM akan terus tingkatkan penglibatannya demi bantu negara perangi #COVID19.

”Semalam Tentera Udara Diraja Malaysia dengan menggunakan pesawat A400M dari No.22 Skuadron telah melaksanakan penerbangan bantuan logistik bagi menghantar bekalan perubatan kritikal yang disumbangkan – 40,000 unit Viral Transport Medium (VTM) dan 67 unit Oxygen Concentrator dari Pangkalan Udara Subang ke Kuching, Sarawak.” Jelas beliau.

katanya lagi, penerbangan itu juga turut disertai oleh pembantu jututerbang wanita.

”Saya difahamkan, pembantu juruterbang yang bertugas ialah seorang wanita iaitu Kapten Nur Antasha Zulkarnain TUDM. Terima kasih Kapten dan terima kasih juga kepada juruterbang, Lt Kol Nazlan Shah Zainal TUDM serta seluruh anak kapal!.” Ujarnya Hishammuddin. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat