Perjuangan PAS Lebih Luas Berbanding Kerusi Pilihan Raya – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KOTA KINABALU – PAS memilih untuk berjiwa besar dan menganggap perjuangan bukan hanya bertumpu kepada kerusi pilihan raya semata-semata sebaliknya, ia membawa makna yang lebih luas.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu mengajar perjuangan PAS bukan hanya bergantung kepada kerusi pilihan raya.

“Kita diajar bahawa perjuangan PAS bukan hanya bergantung kepada kerusi pilihan raya.

“Luasnya ruang perjuangan, menjadikan kita tenang menghadapi sedikit ujian,” kata Tuan Ibrahim dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian, apabila PAS tidak menempatkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berentap pada 26 September ini.

PAS memilih untuk tetap membantu rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) di Sabah dari segi sokongan dan jentera demi kemaslahatan ummah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat