Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Hasrat kerajaan untuk menyediakan undang-undang khusus bagi menangani isu gangguan seksual kini semakin hampir menjadi kenyataan selepas Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual (AGS) tahun 2021.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan berkata, RUU AGS merupakan langkah pertama untuk negara menyediakan persekitaran selamat khususnya kepada wanita dan kanak-kanak selain menghapuskan budaya menormalisasikan gangguan seksual dalam kalangan masyarakat.

“Persekitaran yang selamat secara langsung akan meningkatkan pengupayaan rakyat dalam ekonomi, sosial dan politik selain memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.

“Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun sebelum ini juga telah memaklumkan kepada ahli-ahli Dewan Negara bahawa Dewan Rakyat pada 20 Julai lalu telah meluluskan RUU AGS ini dengan sokongan majoriti,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, kerajaan telah lama bekerja keras untuk menjadikan RUU tersebut satu kenyataan dan perjalanan menggubal RUU AGS merupakan bukti bahawa kerajaan amat prihatin dan serius dalam menangani isu gangguan seksual.

“Bagi tujuan penggubalan RUU ini, KPWKM telah mendapat kerjasama, komitmen serta sokongan penuh daripada pelbagai pihak termasuk kementerian-kementerian dan agensi kerajaan, pakar undang-undang, wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, aktivis, dan sebagainya,” ujarnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat