AJK PAC pernah lawat tapak binaan LCS di Lumut kata Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan bahawa Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah membuat lawatan tapak ke Boustead Naval Shipyard di TLDM Lumut.

Beliau berkata demikian ketika membuat maklum balas atas cadangan beberapa pihak agar Ahli-ahli PAC di bawa melawat ke dermaga pembinaan kapal milik Boustead Naval Shipyard di TLDM Lumut.

Susulan gesaan itu, Hishammuddin berkongsi hantaran Facebook Ahli Parlimen Lumut yang juga AJK PAC, Dr Mohd Hatta Ramli.

“Lawatan pada 12 Disember 2021 seperti yang dinyatakan Dr Mohd Hatta – “Ramai vendor bumiputera yang terlibat dengan projek ini kehilangan sumber pendapatan. Lebih menyedihkan lagi apabila mereka ini adalah warga Lumut sendiri.

Hal demikian kata Hishammuddin, ini antara faktor utama, selain keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kerajaan putuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada April 2022 dengan Pelan Pemulihan LCS dengan Proses Mobilisasi 6 Bulan untuk rundingan bersama OEM, Vendor, Institusi Perbankan dan lain-lain untuk hidupkan semula projek ini.

Menyorot hantaran Facebook Dr Hatta pada Disember 2021 beliau memaklumkan Jawatankuasa PAC membuat lawatan tapak ke Boustead Naval Shipyard di TLDM Lumut.

Katanya, kegagalan kerajaan membekalkan enam kapal peronda generasi kedua Littoral Combatant Ship (LCS) oleh Kementerian Pertahanan melibatkan nilai lebih RM9 bilion ini sesuatu yang perlu dibongkar sehingga ke akar umbinya.

“Ramai vendor bumiputera yang terlibat dengan projek ini kehilangan sumber pendapatan. Lebih menyedihkan lagi apabila mereka ini adalah warga Lumut sendiri. Dan sebagai salah seorang ahli PAC saya akan memberi perhatian sewajarnya kepada isu ini agar dapat diselesaikan dengan segera,” tegas Ahli Parlimen Lumut itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat