Bapa Afdlin meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Allahyarham Aksan Abu Bakar menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), jam 2.57 pagi tadi.

Berita pemergian arwah bapanya dikongsi pelakon Soal Hati itu menerusi laman Instagram, pagi ini.

Allahyarham yang menghidap pelbagai penyakit iaitu jantung, paru-paru berair dan buah pinggang memiliki dua isteri serta 10 cahaya mata. Jenazahnya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Raudahthul Sakinah, Taman Batu Muda untuk dikebumikan selepas Asar nanti.

Terdahulu, sehari sebelum pemergian arwah bapa, Afdlin meminta pengikutnya dalam laman sosial mendoakan agar bapanya selamat menjalani pembedahan.

Pengarah filem Papadom yang kehilangan ibunya pada 2018 berharap, itu bukanlah kali terakhir dapat bertemu dengan bapanya.

“Harap ini bukan kali terakhir berjumpa papa. Papa masih dalam pembedahan. Tolong doakan beliau,” tulisnya.

Datuk Afdlin Shauki meminta pengikut dalam laman Instagram mendoakan bapanya selamat menjalani pembedahan sehari sebelum pemergiannya. - Foto IG Datuk Afdlin Shauki
Datuk Afdlin Shauki meminta pengikut dalam laman Instagram mendoakan bapanya selamat menjalani pembedahan sehari sebelum pemergiannya. – Foto IG Datuk Afdlin Shauki

Namun beberapa jam kemudian, Afdlin mengumumkan berita sedih pemergian bapanya.

Afdlin berkata, sebelum memasuki dewan pembedahan, bapanya sentiasa mengukir senyuman hingga membuatkan ahli keluarga tenang dan ceria.

“Arwah minta saya sampaikan kemaafan atas segala kesalahan yang pernah dilakukan kepada sesiapa yang mengenalinya. Tolong ampunkan arwah…

“Beliau juga memaafkan semua orang, tidak berdendam atau sakit hati dengan sesiapa. Ya Allah, kau ampunilah dosa, terima amalan dan kebaikannya. Tempatkan rohnya di kalangan roh orang yang beriman,” tulis Afdlin.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat