Pelakon ‘500 Days Of Summer’ Ini Cari Individu Boleh Berbahasa Melayu Di Facebook

- Advertisement -

Sering bermimpi dan bercita-cita untuk bekerjasama dengan bintang Hollywood terkenal?

Mungkin inilah masanya untuk anda merealisasikan impian dan cita-cita yang lama terpendam sebelum ini dengan terlibat dalam projek terbaru yang dipromosikan pelakon terkenal Joseph Gordon-Levitt di akaun Facebooknya hari ini.

Dalam satu perkongsian yang dibuat beberapa jam lepas, Gordon-Levitt yang popular dengan lakonannya dalam filem blockbuster seperti 500 Days of Summer, Inception dan Don Jon kini sedang mencari sesiapa sahaja yang boleh berbahasa Melayu untuk membantu beliau.

“Ada sesiapa di sini boleh bertutur dalam bahasa Melayu? Saya sedang mencari sesiapa yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu?

“Saya hanya perlukan seseorang untuk merakam dengan membaca satu perkataan sahaja dalam Bahasa Melayu untuk projek seterusnya,” tulisnya dalam hantaran itu.

Ini yang anda perlu lakukan

Tidak mahu terlepas peluang keemasan bekerjasama dengan beliau, kami kemudiannya mengakses pautan yang diberikan beliau untuk turut serta dalam projek tersebut.

Sejurus membuka pautan tersebut, kami mendapati anda hanya perlu menyumbangkan suara anda bagi tujuan rakaman dan paling menarik, anda hanya diperlukan untuk menyebut perkataan ‘poetry’ dalam Bahasa Melayu.

hit record

PAPARAN ANTARAMUKA YANG BAKAL DITEMUI SELEPAS MENEKAN PAUTAN YANG DIBERIKAN.

Arahan yang muncul di halaman tersebut hanya meminta anda untuk ‘merakam diri anda mengucapkan perkataan poetry (sajak/syair) dalam bahasa anda’.

Selepas merakam suara anda menyebut sajak atau syair sama ada menggunakna aplikasi perakam di telefon pintar atau di komputer, anda hanya perlu memuat naik rakaman tersebut dan mengisi beberapa maklumat ringkas.

xc

Selepas selesai memuat naik rakaman suara, anda akan dimaklumkan rakaman tersebut telah berjaya dan menerima ucapan terima kasih daripada laman HITRECORD tersebut.

Walaupun tidak dinyatakan dengan lebih lanjut mengenai projek tersebut, namun siapa tahu jika suara anda terpilih mungkin ini boleh menjadi sesuatu yang bermakna dan membanggakan.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat