9 Jangkitan Covid-19 Hari Ini Termasuk 5 Kes Import – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sembilan kes baharu dilaporkan di negara ini sehingga pukul 12 tengah hari tadi sekali gus menjadikan jumlah kes di negara ini adalah 9,103.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kesemua empat kes penularan dalam negara tidak melibatkan jangkitan dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 169 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Ingin dimaklumkan daripada sembilan kes baharu yang dilaporkan, lima kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara,” memetik kenyataan yang dikeluarkan Dr Noor Hisham hari ini.

Lima kes import tersebut adalah dari negara:-
Jepun (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
India (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
New Zealand (1 kes di Selangor); dan
Singapura (1 kes di Johor).

Sementara itu, katanya, kesemua empat kes penularan di dalam negara adalah di kalangan bukan warganegara iaitu tiga kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil sebelum dihantar pulang ke negara asal serta satu kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Dalam masa sama, beliau memaklumkan tiada kes kematian direkodkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat