Tujuh Penumpang MPV Maut Kemalangan Ngeri Dengan Lori

- Advertisement -

Mengerikan apabila tujuh individu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza maut sejurus kenderaan dinaiki bertembung dengan lori, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, Perodua Alza itu didakwa membawa sekurang-kurangnya 10 penumpang termasuk kanak-kanak sebelum terbabit kemalangan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh menghala ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang.

Sumber berkata, tujuh maut itu membabitkan dua kanak-kanak, dua lelaki dewasa dan tiga wanita manakala tiga mangsa cedera adalah dua kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan sebahagian penumpang tersepit di dalam kenderaan itu.

Susulan itu anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.55 petang.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati terdapat tiga mangsa masih berada di dalam kenderaan itu. Semua mangsa parah dan tersepit,” katanya.

Difahamkan anggota bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan semua mangsa terbabit.

Mayat semua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat