“Kalau boleh saya nak mati dalam tugas” – Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau sedia mengekalkan jawatan Presiden Pas yang disandangnya sejak 2003 pada muktamar parti itu di Kedah, September ini.

Ahli Parlimen Marang itu yang dikaitkan dengan masalah kesihatan memberitahu, beliau lebih sihat sekarang selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Jun lalu.

“Kalau boleh saya nak mati dalam tugas,” katanya ketika ditanya ura-ura pengundurannya sebagai Presiden Pas ekoran masalah kesihatannya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, lapor Utusan di Marang pad Jumaat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat