Tukar nama Akta Anti Lompat Parti kepada ‘Akta Speaker bela katak’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sudah terang lagi bersuluh Akta Anti Lompat Parti yang selama ini disembah Pakatan Harapan (PH) sebagai ubat ajaib untuk penyakit politik negara, hanya akta yang mandul, kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Beliau yang juga Ketua Armada Bersatu berkata, jika Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengikut tindakan Speaker DUN Kelantan, maka kerusi parlimen ‘6 Jahanam’ yang melompat akan dikosongkan.

“Tapi semua tahu, pemuja PH yang paling tegar sekali pun pasti faham yang Speaker Dewan Rakyat tak akan berani mengosongkan kerusi-kerusi tadi.

“Kalau dia buat, maknanya dia lawan tauke, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantiknya ke jawatan lumayan itu,” dakwa Wan Ahmad Fayhsal.

Jelas beliau lagi, Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sudah menghantar Notis Pemakluman Kekosongan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Keputusan Speaker seperti semua maklum, mengekalkan kerusi 6 wakil rakyat yang melompat.

“Terdahulu Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian memaklumkan akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi yang dikosongkan itu,” katanya

Ujar Wan Ahmad Fayhsal, dalam kes terdahulu yang melibatkan empat Ahli Parlimen Bersatu Sabah yang melompat ke GRS, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengambil pendirian bahawa keputusan speaker tidak boleh dipertikaikan, memetik Artikel 63(1) di bawah tajuk ‘Keistimewaan Parlimen’.

“Pendek kata, yang menentukan Akta Anti Lompat Parti berfungsi atau tak bergantung kepada Speaker dewan. Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Bersatu dalam kes GRS 4 pada 30 Oktober.

“Namun ada kemungkinan lain. Bekas ADUN Nenggiri yang terlucut perwakilannya tadi mahu lawan di mahkamah. Kalau dia menang, maknanya kuasa mahkamah boleh atasi Speaker dewan.

“Walaubagaimanapun, berdasarkan kes mahkamah yang berpihak kepada katak-katak di Sabah, Speaker DUN dan Dewan Rakyat berkuasa muktamad untuk buang katak-katak daripada dewan, selaras dengan falsafah asal AALP iaitu perang melawan katak.

“Tapi, oleh sebab Johari enggan guna kuasa speaker untuk buang ‘katak-katak’, maka Akta Anti Lompat Parti dah tak guna. Lebih baik Speaker dan ahli parlimen madani ubah nama akta mereka kepada ‘Akta Speaker Bela Katak’, tempelak beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat