Keputusan tidak kosongkan kerusi dibuat selepas semua perkara dikaji- Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu dibuat selepas semua perkara dikaji, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Ketika memberikan petua mengenainya di Dewan Rakyat hari ini, beliau menegaskan untuk kekal dengan keputusan itu yang telah dimaklumkan melalui surat kepada Ketua Whip Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee bertarikh 9 Julai lepas.

“Saya sebut saya bukan posmen. Bila saya menerima apa juga diberikan kepada saya…saya akan memastikan saya kaji semua sekali.

“Saya baca kenyataan-kenyataan dalam pembinaan pindaan yang dibuat tentang Perkara 49 (Perlembagaan Persekutuan) itu. Saya ambil keputusan, keputusannya kekal seperti yang telah saya maklumkan kepada Beluran bahawa kekosongan tidak berlaku,” katanya.

Melalui surat kepada Ronald mengenai keputusan terhadap notis pemakluman kekosongan kerusi lima Ahli Parlimen Bersatu, Johari memaklumkan Perlembagaan Bersatu telah menafikan hak lima Ahli Parlimen itu sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat