Jangan lupa bawa Rafizi turun kempen di Nenggiri, gesa PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS ‘sangat berharap’ Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membuat penampilan di pentas kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari secara sarkastik meminta jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan tidak lupa meminta Timbalan Presiden PKR itu turun berkempen di Kelantan.

“Kepada team lawan di PRK Nenggiri, jangan lupa pastikan Menteri Ekonomi datang berkempen,” usiknya.

Fadhli berkata demikian dipercayai kerana memerli respons Rafizi yang membidas pengkritik yang mempersalahkannya dan tindakan rasionalisasi subsidi diesel berhubung kegagalan Pakatan Harapan (PH) merampas kerusi DUN Sungai Bakap, pada 6 Julai lalu.

Sebaliknya, menurut Rafizi, keputusan PRK itu menunjukkan Perikatan Nasional (PN) dan PH masing-masing mengekalkan kadar perolehan undi yang sama seperti pada pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang tahun lalu ketika Putrajaya masih belum melaksanakan rasionalisasi subsidi diesel.

Satu-satunya perbezaan kali ini menurut Rafizi, ialah PN memperolehi jurang majoriti yang lebih besar kerana peratusan keluar mengundi jauh lebih rendah di kalangan pengundi bukan Melayu.

Tambahnya, berdasarkan data pengundian, ia menandakan negara berada dalam kebuntuan polarisasi tidak kira apa yang dilakukan oleh parti, ia tidak akan mengubah corak undian di kalangan pengundi sama ada Melayu atau bukan Melayu.

“Ia menunjukkan betapa segala-galanya terpolarisasi.

“Awak letak Ong Kian Ming jadi (calon) ke, KJ (Khairy Jamaluddin) ke, tetapi saya tidak fikir ia akan menghasilkan apa-apa.

“Yang membimbangkan saya adalah betapa teruknya polarisasi tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat