Persekutuan dan Sabah sudah terima RM23 bilion hasil petroleum sejak 1976-2024 -PMO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah masing-masing telah menerima bayaran hasil petroleum berjumlah kira-kira RM23 bilion bagi tempoh 1976 sehingga separuh pertama 2024, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu, PMO berkata, Petronas juga sentiasa menjelaskan semua bayaran tunai hasil daripada pengeluaran petroleum itu berdasarkan peruntukan, perjanjian sedia ada serta mengikut arahan Kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, Sabah juga menerima hasil cukai jualan daripada Petronas berjumlah lebih kurang RM3 bilion, selari dengan perlaksanaan cukai itu dari tahun 2020,” lapor Bernama.

Jawapan PMO itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Jonathan Yasin (GRS-Ranau) mengenai jumlah hasil jualan petroleum yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dan Petronas daripada hasil minyak bumi atau lautan Sabah setiap tahun bermula 1976 sehingga sekarang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat