Aeril, Wawa sediakan ‘food bank’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menyediakan ‘food bank’ berupa makanan asas dan keperluan harian di Pejabat Urusan Wawa Cosmetics, Bandar Baru Bangi, Selangor, hari ini.

Aeril berkata, dia mempelawa mana-mana individu dan golongan yang memerlukan untuk datang mengambil barangan yang sudah disediakan.

Antara barangan keperluan disediakan adalah beras, gula, tepung, Milo, sardin dan banyak lagi.

“Alhamdulillah, semalam saya ada buat di sekitar Kuala Lumpur. Hari ini saya buat di kawasan sini pula. Saya dan Wawa menjemput kepada semua yang memerlukan untuk datang saja ambil.

“Saya tahu pada saat ini memang ramai yang berada dalam keadaan susah, jadi diharap ‘food bank’ ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

“Dalam masa sama, jika ada antara mereka dalam kalangan pelanggan Wawa Cosmetics yang memerlukan, saya harap mereka sudi datang. Kami ingin berkongsi rezeki pada semua. Semoga ini dapat memberi manfaat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aeril, dia dan Wawa juga merancang untuk membuat ‘food bank’ di lokasi lain.

“Insya-Allah, ‘food bank’ ini kami rancang nak buat di kawasan lain pula. Cuma, kalau yang hari ini tak habis, esok kami buka lagi. Memang nak habiskan dan berikan pada orang ramai yang memerlukan.

“Selain itu, ada ramai juga mesej peribadi (DM) di Instagram yang memerlukan bantuan kewangan. Itu saya dan Wawa ada hulurkan sumbangan juga. Insya-Allah, kami bantu mana yang kami termampu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat