Rindu bertandang di hati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sarah Hildebrand, 31, berdoa pandemik COVID-19 segera berakhir supaya dapat terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu bapanya.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, berkata kali terakhir bertemu bapanya pada Februari, tahun lalu.

“Saya merancang melawat ayah, awal tahun ini. Bagaimanapun, segala-galanya terpaksa ditunda apabila wabak COVID-19 menular seluruh dunia.

“Sejujurnya, saya rindukan ayah. Perasaan rindu sukar digambarkan dengan kata-kata, lebih lagi saya dan ayah sangat rapat, sejak kecil. Saya juga pernah membesar dan menetap AS bersama ayah,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Sarah bersyukur, ayahnya dalam keadaan baik walaupun AS menjadi antara negara tertinggi kes pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah, ayah sihat dan selamat. Kami sering berhubung menerusi aplikasi Whatsapp dan Facetime untuk melepaskan rindu,” katanya.

Pelakon Pujaan Hati Kanda itu berkata, dia bukan sahaja mahu bertemu bapanya, malah menziarahi keluarga suaminya, Otto Gillen di AS.

“Kali terakhir saya berjumpa keluarga Otto pada Ogos, tahun lalu. Jadi, saya berharap diberikan rezeki pulang ke AS untuk menziarahi ayah dan keluarga mentua.

“Besar harapan saya COVID-19 dapat dikawal supaya perjalanan saya dan suami ke AS dipermudahkan,” katanya yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama Tunggu Dulu Cinta sebanyak 26 episod.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat