To’ki pindah rumah baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nasib penyanyi Seni Berzaman, To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal di sebuah pondok kecil, pinggir hutan di Batu 12, Gombak, terbela apabila menerima rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, di sini, semalam.

Kunci rumah diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ustaz Ahmad Shukri Yusoff kepada To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur.

Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri berkata, To’ki tidak perlu bimbang mengenai bayaran sewa bulanan selama setahun.

“Alhamdulillah, PPZ-MAIWP sudah menyerahkan kunci rumah kepada To’ki. Selepas melawat To’ki di Batu 12, Gombak, minggu lalu, kami menjanjikan tempat tinggal yang lebih selesa dari pondok yang didiami. Kami jumpa sebuah rumah flat di Taman Setapak Indah yang sesuai dengannya.

To’ki menerima kunci rumah yang diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff. - Foto PPZ-MAIWP
To’ki menerima kunci rumah yang diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff. – Foto PPZ-MAIWP

“PPZ-MAIWP menyediakan keperluan asas seperti perabot untuknya dan isteri yang kurang sihat akibat kemalangan jalan raya,” katanya kepada BH Online.

Dalam kediaman berkenaan, PPZ-MAIWP menyediakan katil yang bersesuaian untuk Sharifah Fairuz yang masih cedera dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Selain itu, Ustaz Ahmad Shukri berkata, PPZ-MAIWP turut menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti peralatan asas rumah, komputer riba dan kewangan.

Bukan hanya kediaman selesa, malah Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan turut menyediakan keperluan asas seperti perabot dan katil yang bersesuaian untuk isteri To’ki yang cedera akibat kemalangan jalan raya. - Foto PPZ-MAIWP
Bukan hanya kediaman selesa, malah Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan turut menyediakan keperluan asas seperti perabot dan katil yang bersesuaian untuk isteri To’ki yang cedera akibat kemalangan jalan raya. – Foto PPZ-MAIWP

“Diharapkan, bantuan diserahkan PPZ-MAIWP dapat membantu membangkitkan perjalanan hidup ke tahap lebih baik dan memberikan sinar baharu kepada To’ki untuk terus berkarya dan berjaya dalam kehidupan,” katanya.

Terdahulu, kehidupan To’ki dan isterinya tinggal di pondok kecil, pinggir hutan di Batu 12, Gombak menjadi tular dalam media sosial.

Sementara itu, menerusi temubual yang dimuat naik dalam laman Facebook PPZ-MAIWP, To’ki berkata, dia bersyukur atas kediaman dan kemudahan yang diterima.

“Saya, salah seorang model dalam usaha PPZ-MAIWP menghulurkan bantuan. Jangan ingat PPZ-MAIWP buat pungutan sahaja, sebaliknya mereka juga menggunakannya untuk membantu orang susah seperti saya.

“Saya berterima kasih kepada PPZ-MAIWP, rasanya seperti sudah ada di syurga. Saya tak terfikir sampai macam ini orang mengambil berat terhadap saya.

“Terima kasih memberikan saya sokongan untuk terus berkarya. Saya berjanji setiap mesej karya saya nanti meletakkan Allah SWT di hadapan. Insya-Allah, selagi hayat di kandung badan, saya akan buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang,” katanya.

BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat