SHAH ALAM – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini meluangkan masa mengunjungi Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.
Dr Noor Hisham kemudiannya bergambar dengan lukisan dinding atau mural potret beliau yang diabadikan di taman tersebut.
Selain potret Dr Noor Hisham, potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut dilukis di dinding itu.
Lukisan potret bersaiz besar ini dihasilkan oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.
Pastinya lokasi tersebut bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.
