Annuar Mahu Anak Muda Tempatan Berniaga Di Bukit Bintang, Petaling Street

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berharap agar rakyat negara ini terutama golongan muda mengambil peluang menjalankan perniagaan di Bukit Bintang dan Petaling Street.

Katanya dalam satu hantaran di laman Twitter miliknya, beliau mahu melihat anak muda dan peniaga Melayu turut berniaga di kedua kawasan tumpuan pelancong tempatan dan luar negara itu.

“Saya mahu lihat rakyat tempatan, khususnya anak muda dan peniaga Melayu turut berniaga Di Bukit Bintang dan Petaling Street.

“Ia boleh di lakukan,” katanya lagi.

Bukit Bintang dan Petaling Street merupakan antara tumpuan utama pelancong di ibu kota yamg turut dikenali sebagai tempat utama warga asing menjalankan perniagaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat