Meerqeen tawan hati penonton

- Advertisement -

DRAMA Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di Slot Lestary TV3 antara yang menjadi sebutan dalam kalangan peminat drama tempatan hari ini.

Bukan saja trending di Twitter, malah hampir setiap hari klip drama ini dari babak tertentu dikongsikan di aplikasi TikTok hingga tular. Menariknya, ia turut mencuri perhatian peminat dari Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain jalan cerita dan skrip yang menarik, pelakon utamanya Meerqeen berjaya membuatkan penonton untuk terus setia mengikuti cerita itu yang ditayangkan setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Meerqeen, 21, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menyifatkan kejayaan dicapai drama adaptasi novel My Rude Wife karya CikNorCinta itu sebagai pencapaian yang membanggakan buat diri dan kerjayanya.

“Saya anggap ini langkah kanan dan pembakar semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang lakonan.

“Bagi saya, ini bukan kejayaan kepada pelakon semata-mata sebaliknya kepada pihak kru dan produksi yang bertungkus lumus dari awal lagi untuk menjayakan projek ini hingga ditayangkan kepada umum.

“Untuk mereka yang sentiasa menyokong, saya amat hargainya. Untuk peminat baru pula, selamat menikmati karya Melur Untuk Firdaus dan teruskan memberikan sokongan kepada kami semua,” katanya.

Menurut Meerqeen yang juga finalis program Hero Remaja 2019/ 2020, dia menerima banyak mesej positif di media sosial.

“Saya bersyukur kerana drama ini memberikan impak yang sangat luar biasa untuk semua peminat. Paling menggembirakan apabila drama ini ‘trending’ sampai ke luar negara dan mendapat perhatian peminat dari beberapa negara jiran. Saya amat hargai sokongan mereka. Memang agak terkejut dengan sambutan diberikan.

“Jujurnya ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram. Contohnya peminat dari Indonesia yang meminta drama ini ditayangkan di sana. Peminat dari Thailand pun ada,” katanya.

Drama Melur Untuk Firdaus, arahan Zamri Zakaria yang diterbitkan oleh A-Ten Alliance Sdn Bhd mengisahkan Firdaus Iskandar (Merqeen) yang tidak bersetuju dengan rancangan

ibu bapanya untuk mengahwinkannya dengan Melur (Anna Jobling) kerana sudah mempunyai teman wanita, Dee (Nesa Idrus).

Ibu bapanya memberikan tempoh 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus, malah meletakkan tujuh syarat untuk Firdaus.

Selain Meerqeen, drama yang turut ditayangkan di Disney+ Hotstar ini menampilkan Anna Jobling, Fimie Don, Nesa Idrus, Haleeda Mazlin, Kuza dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat