Sekolah Di Thailand Dibuka Semula Mulai Isnin

BANGKOK: Sekolah di Thailand akan mula dibuka semula pada Isnin (14 Jun), selepas sesi baharu persekolahan ditunda sebanyak dua kali tahun ini berikutan peningkatan kes COVID-19.

Sesi persekolahan sepatutnya dibuka pada 17 Mei lalu kemudian ditunda kepada 1 Jun, sebelum ditunda sekali sehingga 14 Jun.

Menteri Pendidikan Treenuch Thienthong berkata kementerian telah mengarahkan semua sekolah membuat persiapan dan menyesuaikan sistem pembelajaran untuk memastikan persekitaran yang selamat.

Beliau berkata sekolah mempunyai beberapa pilihan kaedah pembelajaran termasuk secara bersemuka, dalam talian, melalui program televisyen satelit, bahan pembelajaran dihantar ke rumah pelajar atau melalui aplikasi mudah alih.

“Sekolah yang memilih pembelajaran bersemuka (menghadiri kelas secara fizikal) mesti mengutamakan keselamatan pelajar dan menyediakan kemudahan yang diperlukan seperti tempat mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.

“Pihak sekolah juga disaran mengajar mengenai virus COVID-19,” katanya seperti dipetik The Nation.

Treenuch berkata setakat ini lebih 70 peratus daripada 33,000 guru dan kakitangan sekolah di Bangkok dan wilayah berdekatan telah disuntik vaksin COVID-19.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata sekolah yang berada di kawasan sekatan pergerakan penuh atau ‘zon merah gelap’ iaitu Bangkok, Nonthaburi, Pathum Thani dan Samut Prakan hanya pembelajaran secara dalam talian dibenarkan.

“Sesi bersemuka dilarang di kawasan (zona merah gelap). Pelajar akan belajar melalui platform media yang disediakan pihak sekolah,” katanya pada taklimat harian COVID-19 hari ini.

Sejak 24 jam lalu, Thailand mencatat 2,310 kes baharu COVID-19 dan 43 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 187,538 dengan 1,375 orang meninggal dunia.

– BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Netanyahu bukan lagi PM Israel, kalah undi percaya di Parlimen

BAITULMUQADDIS- Benjamin Netanyahu akhirnya terpaksa berundur dari jawatan Perdana Menteri Israel selepas ahli Parlimen mengundi 60-59 untuk membentuk kerajaan baharu. Pemimpin berhaluan kanan, Naftali...

12 Maut, 37 Cedera Dalam Insiden Letupan Saluran Gas Di China

HUBEI: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dan 37 lagi cedera parah dalam insiden letupan saluran gas di kawasan perumahan di tengah China. Menurut laporan portal CCTV, letupan itu berlaku...

Keputusan Lanjutan Sekatan Di UK Diumum Esok

CARBIS BAY: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson memaklumkan keputusan sama ada tempoh sekatan di seluruh England dilanjutkan atau sebaliknya akan diumum esok. Malah...