Hishammuddin Tidak Dipecat Dari UMNO, Surat Palsu Kata Razlan Rafii

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii menafikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dipecat dari UMNO.

Beliau diminta  mengulas surat pemecatan keahlian UMNO Hishammuddin seperti yang tular pada hari ini.

“Hishammuddin tidak dipecat dari UMNO dan surat tersebut palsu,”

“Tiada Mesyuarat MKT UMNO seperti yang dilaporkan oleh surat tersebut pada hari ini,” jawab Razlan selepas dihubungi oleh SuaraTV sebentar tadi.

Terdahulu, surat yang telah tular bertarikh 11 Jun 2021 dan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pelucutan keahlian serta merta Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien di bawah Fasal 10.6 Perlembangaan UMNO.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 11 Jun 2021 memutuskan bahawa YB Dato’ Sri dilucutkan keahlian UMNO berkuatkuasa serta merta di bawah Fasal 10.6 Perlembangaan UMNO kerana tindakan YB Dato’ Sri yang telah melanggar Fasal 20.8(a) (b), (c) & (g) Perlembangaan UMNO. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat