‘Dalam Kegagalan, Ada Sinar Memperbaiki Diri’ Nasihat Pemangku Raja Pahang Kepada Yang Gagal SPM

- Advertisement -

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, menasihatkan kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal mendapat keputusan cemerlang supaya tidak berputus asa dengan keputusan yang diperolehi.

 

Titahnya, dalam kegagalan, ada sinar untuk memperbaiki diri, dan dalam kejayaan, ada ruang untuk menjadi yang lebih baik.

“Alhamdulillah, apa pun jua keputusan yang diperolehi majulah kehadapan, merintangi segala cabaran.

“Dalam kegagalan, ada sinar untuk memperbaiki diri, dalam kejayaan, ada ruang untuk menjadi lebih baik.

“Anda tidak bersendirian, khidmat nasihat dan bantuan sentiasa bersama dalam keluarga dan rakan-rakan. Orang yang segan selalu rugi. Jangan malu untuk meminta pertolongan dan nasihat,” titah Baginda lagi.

Baginda juga berharap mereka yang gagal tidak berputus asa untuk mencuba, inilah permulaan untuk anda semua. Langkah ke hadapan mengejar impian dengan semangat yang baru.

Terdahulu, melalui Instagram milik Baginda ‘this.7’, Baginda berkongsi gambar hari pertama Baginda bersekolah di SK Thomas, Kuantan pada tahun 2002.

“Di sinilah tempat saya belajar membaca, menulis dan mengira. Di sinilah juga, saya belajar bahawa pencapaian datang dalam pelbagai bentuk, sesiapa sahaja boleh berjaya dalam bidang sendiri.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru sahaja dapat keputusan SPM,” titah Baginda lagi. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat