Jabatan Kecemasan & Trauma HKL bukan zon perang, sedang dalam proses naik taraf – Dr. Harikrishna

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil maklum dan prihatin akan paparan yang dimuat naik oleh warganet dalam media sosial pada 29 April lalu yang menggambarkan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur (HKL) seperti zon perang.

Pengarahnya, Dato’ Dr. Harikrishna K.R Nair dalam satu kenyataan dan dalam jawapan balasnya berkata Jabatan Kecemasan dan Trauma, HKL kini sedang dalam proses naik taraf.

Beliau berkata projek ini dilaksanakan sebagai perancangan strategik untuk menampung kapasiti pesakit yang bertambah bagi keselesaan pesakit.

“Sepanjang projek ini berlangsung, Jabatan Kecemasan dan Trauma terpaksa beroperasi di atas kawasan yang mengecil sebanyak 50 peratus (%) manakala 50 % lagi adalah bagi laluan projek naik taraf tersebut.

“Walau bagaimanapun, perkhidmatan kesihatan di jabatan ini masih lagi diteruskan dengan mengamalkan prinsip ‘no wrong door’.

“Jangkaan siap projek adalah pada akhir tahun ini. HKL akan sentiasa memastikan operasi jabatan berjalan lancar dengan semua kes diberikan perawatan mengikut prosedur standard operasi, ”katanya lagi .

Ujarnya, infrastruktur yang kelihatan uzur adalah bersifat sementara kerana proses ubahsuai bagi menampung projek naik taraf. Manakala kerusi-kerusi bagi pesakit dan waris yang menunggu akan ditambah mengikut kapasiti khemah menunggu sedia ada bagi meningkatkan keselesaan pelanggan.

“Pihak pengurusan HKL mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan masyarakat dan sentiasa bersikap terbuka menerima cadangan,”ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat