UMNO dan PAS tak sepatutnya goyah dengan Bersatu yang tak ramai ahli itu – Khairuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendedahkan parti Islam itu beberapa kali tidak mempedulikan permohonan UMNO untuk mengadakan rundingan kerusi.

Beliau malah mendesak PAS memperbetulkan kesilapan sekali gus menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).

“PAS perlu memperakui bahawa UMNO beberapa kali memohon diteruskan rundingan kerusi tetapi PAS yang tidak melayan dan mengabaikan permohonan tersebut.

“Kesilapan ini perlu dibetulkan,” tegas beliau dalam catatan di Facebooknya pada Rabu.

Khairuddin berkata, perpaduan ummah antara dua parti PAS dan UMNO adalah harapan rakyat Malaysia dengan melihat kepada bilangan ahli dalam kedua-dua parti iaitu 3.2 juta dalam UMNO dan 800 ribu dalam PAS.

Dan juga katanya, melihat kepada sejarah pertembungan panjang dan pahit yang menjarakkan hubungan persaudaraan dan mengorbankan tali silaturrahim kekeluargaan umat Melayu Islam melebihi 40 tahun.

“Tidak sewajarnya perpaduan dua parti ini menjadi goyah dengan kehadiran Bersatu yang kecil bilangannya.

“Muafakat Nasional ada jalannya tetapi syaratnya hendaklah menjadi keputusan bersama dan rasmi oleh kedua-dua pimpinan parti.

“Mesyuarat induk MN wajar dihidupkan semula. Pasukan perunding kerusi tidak wajar dihentikan sekerat jalan,” seru beliau.

Bahkan katanya, tidak wajar diharapkan MN dibina kembali dengan mengenepikan pimpinan utama kedua-dua parti.

“Ibarat hanya diinginkan badan tanpa kepala. Inilah kesilapan dalam pengurusan MN sebelum ini.

“Ada pihak yang mahukan “badan” sahaja tanpa “kepalanya” kata beliau.

Khairuddin juga menyebut satu lagi syarat penting dalam perundingan ialah usah dicampuri urusan dalaman setiap parti.

Ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus itu biarkan masing-masing menguruskan parti mereka sendiri.

“Jangan diulangi kesilapan tahun 1978 apabila ada parti mencampuri urusan pemilihan parti yang menjadi rakan kerjasama sehingga akhirnya terburai ikatan kerjasama. Sejarah pahit tidak wajar diulangi.

“Buang yang keruh dan ambil yang jernih demi perpaduan umat Islam. Saya istiqamah dengan perjuangan untuk melihat kedua parti terus duduk bersama,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat