Kamera S22 Ultra terbaik

- Advertisement -

Kriteria kamera sesebuah peranti pintar sememangnya menjadi keutamaan bagi setiap pengguna khususnya yang gemar berkongsi di laman sosial mereka.

Kualiti gambar, keupayaan merakam imej ketika pencahayaan kurang dan kestabilan rakaman video menjadi titik penentu sesebuah peranti pintar menjadi pilihan pengguna atau sebaliknya.

Untuk itu, Samsung menerusi peranti kelas mercu mereka iaitu daripada siri Galaxy S22 menawarkan semua keupayaan berkenaan sekali gus menjadi pilihan mudah buat pengguna.

Jika dibandingkan dengan kualiti gambar dengan peranti lain, siri Galaxy S22 khususnya untuk variasi S22 Ultra menawarkan kualiti terbaik pernah disaksikan.

Mungkin bagi rakaman gambar ketika pencahayaan mencukupi seperti di siang hari, hampir semua peranti boleh melakukannya, namun tidak semua kamera peranti pintar mampu untuk beroperasi dalam pencahayaan kurang.

Bagi siri Galaxy S22 ini, sama ada pencahayaan mencukupi atau sebaliknya, ia tidak menjadi masalah kerana dilengkapi dengan padanan lensa terbaik yang ditawarkan di pasaran pada hari ini.

Sesuai dengan peranti kelas tinggi untuk variasi Galaxy S22 ini, siri Ultra menggunakan tetapan lensa utama 108 megapiksel lensa sudut lebar.

Menerusi Galaxy S22 Ultra, ia didatangkan dengan tetapan empat lensa iaitu 12MP sudut ultra lebar, dua lensa 10MP telefoto dengan sensor berbeza bersama-sama kamera hadapan 40MP.

Bagi memberi ketahanan bateri, siri Ultra dilengkapi dengan kapasiti 5,000mAh dengan kuasa pengecas pantas 45W.

Dua variasi lagi iaitu Galaxy S22 dan Galaxy S22+ pula masing-masing menggunakan 6.1 inci skrin serta 6.6 inci dengan Definisi Penuh Dipertingkat (FHD+).

Kualiti gambar yang dihasilkan juga tidak pernah mengecewakan termasuk kejelasan serta setiap rakaman itu menghasilkan kualiti pada tahap terbaik

Peranti siri Galaxy S22 ini juga boleh dikatakan sebagai ‘gamechanger’ untuk segmen ‘fotografi mudah alih’ jika dibandingkan dengan peranti lain.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat