Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui perkara itu berkata, walaupun PKP 2.0 pada Januari lalu berjaya mengekang jangkitan Covid-19 melebihi 10,000 kes sehari namun ia gagal menurunkan jumlah kes kepada dua atau tiga angka.

“Kita membuka sektor sosial, pendidikan, sukan dan sebagainya terlalu awal, pada pertengahan Mac. Mungkin ketika itu ada kelesuan pendemik dan kita lihat mungkin ketidakpatuhan SOP dan kita perhatikan negara lain juga menghadapi peningkatan kes pada Mac dan April.

“Salah satu sebab kita kenal pasti ialah kemunculan varian baru menular amat cepat,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Dr. Noor Hisham memberitahu, pihaknya menemui sebanyak 13 lagu kluster baharu Covid-19 hari ini.

Ujarnya, dengan penemuan baharu itu ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang ditemui di negara ini sebanyak 1,820.

Daripada jumlah itu, sebanyak 454 kluster didapati masih aktif manakala 1,366 lagi ditamatkan. – MalaysiaGazette

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu...

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...