iPhone SE mesra poket, prestasi terbaik

- Advertisement -

Apple baru-baru ini melancarkan peranti kelas pertengahan mereka iaitu iPhone SE 2022 dengan tanda harga RM2,099 sekali gus menjadikan barisan produk mampu milik untuk pengguna.

Menerusi versi terbaharu iPhone SE 2022 ini, ia dilengkapi dengan cip pemproses Apple A15 Bionic yang turut digunakan untuk barisan iPhone 13 serta iPad Mini.

Secara kesimpulannya, iPhone SE ini memiliki keupayaan cip yang berkuasa sekali gus mampu untuk melancarkan sebarang aplikasi, permainan dan kepelbagaian tugasan dalam masa sama.

Menyentuh aspek spesifikasinya, peranti ini dilengkapi dengan saiz skrin 4.7 inci dengan paparan IPS LCD Retina HD bersama-sama dengan kadar segar semula 60Hz.

Storan untuk pilihan ini didatangkan secara variasi pilihan iaitu 128GB, 256GB dan 512GB mengikut kesesuaian pengguna.

Menyentuh aspek kamera pula, iPhone SE 2022 ini dilengkapi dengan sensor 12 Megapiksel (MP) manakala lensa swafoto pula berkeupayaan 7MP.

Pandang pertama iPhone SE 2022 ini sememangnya dilengkapi dengan perkakas terkini malah cip pemproses digunakan untuk barisan iPhone 13 termasuk versi Pro serta Pro Max.

Maka tidak hairanlah untuk peranti ini, ia mampu melancarkan sebarang bentuk aplikasi khususnya permainan tanpa sebarang masalah seperti ‘stuttering’, ‘lagging’ atau sebagainya.

Bagi pengguna yang mungkin tidak gemar dengan peranti bersaiz besar, iPhone SE ini adalah pilihan terbaik kerana ia mampu untuk dioperasikan dengan sebelah tangan saja tanpa sebarang masalah.

Ujian terhadap sistem navigasinya juga adalah licin biarpun peranti ini diletakkan sebagai peranti kelas pertengahan dengan harga yang lebih kompetatif berbanding siri iPhone 13 kelas tinggi.

Untuk versi ini, Apple masih lagi mengekalkan butang ‘Home’ fizikal yang diletakkan di bahagian bawah dan penulis juga merasakan rasional pendekatan itu diambil adalah untuk membezakan kelas iPhone biasa dan versi SE.

Aspek kemasan pula, Apple tidak pernah mengecewakan apabila pengguna akan merasakan peranti premium tatkala memegang iPhone SE ini.

Setiap elemen kemasan dibina dengan begitu teliti sekali gus pengguna akan merasai pengalaman kepenggunaan adalah baik untuk peranti kelas pertengahan.

Spesifikasi

Pemproses: Apple A15 Bionic

Storan: 128GB – 512GB

Bateri: 2,018mAh

Kamera: 12MP lensa belakang / 7MP lensa belakang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat